setelah ku belek kitab yang nyata,
melihat pelakon bermacam rupa,
bermain di pentas bernama dunia,
dengan gaya dan sendiwara nya.
makin ku baca semakin leka,
seperti aku ikut berserta,
menyusuri kesah suka dan duka,
ingin ku puji pengarah cerita.
lalu dia membuat seloka,
aku hanya pengarah sahaja,
cuba bertanya pengarang cerita,
agar tahu hal yang nyata.
puas ku cari ke sana sini,
pengarang tidak menunjukkan diri,
lalu ku jumpa penulis sendiri,
dia bercerita berperi peri.
aku maseh tak puas hati,
lalu merujuk pelakun sendiri,
lalu ia menyatakan diri,
semua nya aku yang berada di hati.
makin aku hampir mengerti,
rupa nya engkau di dalam diri,
membuat cerita untuk di kenali,
supaya aku lebih mengerti.
No comments:
Post a Comment