Tuesday, June 15, 2010

sujud sahdu atas keizinan mu

SUJUD SAHDU ATAS KEIZINAN MU.

Hati ku tertanya tanya,
kenapa sunyi tiada berita,
lalu ku selak lambaran cerita,
rupa nya kalam sudah bernyata.

Ku ambil pengertian secara harfiah,
Hendak memaham sangat lah payah,
Memendam rasa tersangat lah gundah,
Ku sujud syukur atas sejadah.

Ku bawa faham secara sendiri,
Maana bahasa dan juga erti,
Maseh juga tercari cari,
Lalu ku rujuk ke dalam diri.

Terdengar halus dia berkata,
Bukan ilmu makrifat pun tiada,
Duduk diam jangan mengada,
Terima sahaja sekadar yang ada.

Ku pohon kaseh ku pohon sayang,
Hanya kepada mu kembali pulang,
Buat pengubat hati nan walang,
Melepas rindu dengan memandang.

Susah benar rasa hati ku,
Bila kita tidak bertemu,
Datang engkau memberitahu,
Aku sentiasa di samping mu.